PENULIS : SITI MUNAZAKIAH
ISBN : 978-967-5426-02-5
HARGA : SEM MALAYSIA : RM 15.90
SABAH & SARAWAK : RM 18.90
SINOPSIS
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada yang ketakutan. |
Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya. Kenapa harus dimulakan dengan doa? Kenapa pula perlu disudahkan juga dengan doa? Satu persoalan yang kadang-kadang sengaja kita lupakan. |
Doa itu bekal, doa itu senjata. Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang nabi dan para rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan lemah yang hina dina ini. Jangan sombong dengan Khalik. |
Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati, tidak kira pada sahabat, teman mahu pun keluarga. Tidak semua rahsia hati mampu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah Diari Sufi yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan keredaanNya. |
0 comments:
Post a Comment