RAHSIA KERJAYA GRADUAN


TAJUK : HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK

PENULIS : RAZALI SAARAN

ISBN : 978-967-5426-04-9

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 19.90

SABAH & SARAWAK : RM 22.90


SINOPSIS

RAHSIA KERJAYA GRADUAN
- Anda lepasan universiti?
- Masih menganggur?
- Masih mencari peluang pekerjaan?
- Perlukan tip-tip untuk berjaya dalam kerjaya?

Bagi anda yang baru dan pernah bergelar mahasiswa atau mahasiswi dan telah ‘graduate’, mungkin anda sedang memikirkan destinasi seterusnya dalam menjalani kehidupan seharian dan pada masa yang sama meninjau-ninjau peluang kerjaya yang boleh menjamin masa depan anda. Semestinya destinasi tersebut ke arah usaha dalam mencari kerjaya yang sesuai dengan diri dan bidang anda. Walau bagaimanapun ada antara anda yang masih menganggur kerana terlalu memilih bidang kerjaya.

Penulis cuba membawakan senario-senario menarik yang mengangkat martabat kerjaya dalam sektor awam yang mana menawarkan banyak ‘hot jobs’, antaranya dalam bidang kejuruteraan, bidang pendidikan, bidang pertahanan dan pentadbiran awam. Anda boleh jadikan buku ini sebagai panduan agar :

- Tidak mengulangi kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh para graduan sebelum melangkah ke alam kerjaya.
- Antara contoh-contoh soalan temu duga dalam berbagai-bagai bentuk.
- Mempelajari teknik, panduan dan pengalaman dalam memburu seterusnya memperoleh kerjaya idaman.
- Memahami halangan emosi dan psikologi yang wujud di alam kerjaya.

Jika anda sedang menganggur atau berada di tahun akhir pengajian dan ingin berkhidmat di sektor awam sebagai pilihan utama, anda perlukan buku ini sebagai panduan kerana ia adalah ‘RAHSIA KERJAYA GRADUAN’.

INDAHNYA ISLAM MENGATUR KITA


TAJUK : INDAHNYA ISLAM MENGATUR KITA

PENULIS : HARUSSANI HJ ZAKARIA

ISBN : 978-967-5426-07-0

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 25.00

SABAH & SARAWAK : RM 28.00


SINOPSIS

Buku ini mengandungi 20 tajuk yang menjadi fokus SS Mufti Perak untuk menasihati umat. Ianya terdiri dari beberapa isu-isu semasa seperti kekeluargaan, isu murtad, pembelaan kaum wanita, pertahanan negara, akhlak, etika dan pengurusan stres, undang-undang, rasuah dan sebagainya.

Pembaca diajak supaya memahami pandangan Islam dalam menangani sesuatu isu dan beliau menjadikan al_Quran dan hadis sebagai tulang belakang dalam menguatkan hujah-hujah beliau sebelum mengambil pandangan dan tafsiran orang lain.

Mudah-mudahan Allah SWT memberkati terhadap usaha kecil ini dan para pembaca dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari inti pati buku ini. IsyaAllah.

HEBATNYA AL QURAN : JIKA KAMU BERFIKIR


TAJUK : HEBATNYA AL QURAN : JIKA KAMU BERFIKIR

PENULIS : MOHD SYAMIL MOHD YUSUFF

ISBN : 978-967-5426-08-7

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 18.00

SABAH & SARAWAK : RM 21.00


SINOPSIS

Al Quran merupakan sumber utama bagi dimensi keilmuan dan sains adalah dimensi yang mengukuhkan dalam membuktikan apa yang dicatatkan di dalam kitab suci ini. Tidaklah terdapat sedikit pun pencanggahan serta kecelaruan di dalam al-Quran kerana ianya adalah kata-kata Allah SWT dan bukannya hasil tulisan manusia biasa. Al-Quran adalah penawar kepada penyakit manusia yang buta kerana ianya bukanlah bermaksud mereka tidak mampu melihat dengan mata dan tidak mampu mendengar dengan telinga, tetapi mereka buta dan tuli dengan hati mereka. Penyakit buta inilah yang perlu di sembuhkan dengan petanda-petanda yang sudah diterangkan dalam Al-Quran.

Sains dipisahkan dengan roh, iaitu nilai spiritual yang tinggi. Bak kata pepatah 'Science is sign'. Sains adalah petanda! petanda apakah yang cuba dibawakan oelh sains kepada manusia hari ini? Bukankah sains itu sendiri tunduk kepada Sang Penciptanya? Bagaimana dengan kita?

Harapan penulis kepada para pembaca, selepas membaca isi kandung buku ini, maka teruskanlah usaha mencari dan mengenali Maha Pencipta (AL-Khalik) dengan lebih baik. Penulis hanya berkongsi pengalaman, melontarkan pandangan dan idea supaya pembaca dapat menyambutnya dan meneruskan penerokaan ilmu. Hanya kepada Allah SWT penulis berharap agar penulisan ini dapat memberi manfaat serta hidayah kepada penulis dan juga pembaca, InsyaAllah.

ASMAUL HUSNA : ATAS NAMAMU AKU MERINTIH


TAJUK : ASMAUL HUSNA : ATAS NAMAMU AKU MERINTIH

PENULIS : DR WAN MASERI

ISBN : 978-967-5426-05-6

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 12.00

SABAH & SARAWAK : RM 15.00


SINOPSIS

Mengenali dan memahami nama-nama Allah SWT adalah sebahagian dari hidup setiap Muslim untuk mencintai Allah dan bertauhid kepadaNya.Buku ini adalah manifestasi daripada penghayatan Asmaul Husna dalam kehidupan dan ianya merupakan bicara yang sesungguhnya lahir dari hati nurani paling dalam yang telah dicipta oleh Allah dan telah dialirkan sedikit sifat-sifatNya. Dengan perkongsian ini, diharapkan para pembaca mampu merenungi sifat-sifat yang ada di sebalik Asmaul HusnaNya yang selama ini tidak mampu diungkap dengan penuh pengertian.
Semoga dengan membaca buku ini, mampu membuat satu anjakan paradigma dalam pemikiran, jiwa dan perubahan tindakan para pembaca sekalian sehingga akhirnya mampu menjadikan diri benar-benar hamba kepada Allah SWT dan pengikut Rasulullah SAW, seterusnya mengecap kebahagiaan dunia dan akhirat, insyaAllah.

HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK


TAJUK : HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK

PENULIS : RAZALI SAARAN

ISBN : 978-967-5426-04-9

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 19.90

SABAH & SARAWAK : RM 22.90


SINOPSIS

Dunia hari ini membayangkan bahawa kerjaya seorang guru semakin tidak dihormati dan dihargai. Sebahagiannya berpunca dari para guru itu sendiri, tetapi bak kata pepatah ‘disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga’. Maka, kerjaya seorang guru itu dipandang rendah oleh masyarakat.

HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK mengupas tentang peranan para guru dalam membimbing anak bangsa bukan hanya sekadar mengajar bahkan juga menitikberatkan akhlak para guru ketika mengajar dan membimbing pelajar agar keberkesanan dalam pengajarannya dapat dirasai oleh para guru seterusnya juga diterima baik oleh anak didik. HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Di selitkan juga cara-cara Rasulullah SAW bersoal-jawab, bergurau senda, memberi nasihat dan dalam meraikan para pelajarnya.

Semoga buku ini dapat menjadi panduan kepada semua guru dan semoga dengan usaha sedikit ini akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT di akhirat kelak.

BILA ALLAH MENDUGA KITA


TAJUK : BILA ALLAH MENDUGA KITA

PENULIS : SYED ALWI ALATAS

ISBN : 978-967-5426-06-3

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 19.90

SABAH & SARAWAK : RM 22.90




SINOPSIS

BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kita harus ingat, setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.

Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.

KISAH PERJALANAN NABI MUSA


TAJUK : KISAH PERJALANAN NABI MUSA

PENULIS : NORMALA KARI


ISBN : 978-967-5426-03-3


HARGA : SEM MALAYSIA : RM 17.90

SABAH & SARAWAK : RM 20.90



SINOPSIS

Sekali lagi kisah para nabi dan rasul di titipkan bagi tujuan menyalurkan misi dakwah serta memperluaskan lagi bahan bacaan yang berunsurkan keislaman sebagai santapan minda penuh informasi. Sesungguhnya kisah para nabi dan rasul ini, jika dikaji dan dihayati ianya akan memberi impak kepada perubahan minda dan paradigma seluruh umat Islam. Di dalamnya banyak terselit ramuan-ramuan dan rempah ratus kehidupan yang cukup membuahkan pengajaran kepada sesiapa sahaja yang ingin memikirkannya dan mengakui kebesaran Allah SWT.

KISAH PERJALANAN NABI MUSA merupakan himpunan kisah nabi Musa a.s yang diadaptasikan dari al-Quran al-Karim. Bermula dengan kisah NAbi Musa dan Firaun, Nabi Musa dan puteri Nabi Syuaib, Nabi Musa dan Samiri serta NAbi Musa dan NAbi Khaidir yang memaparkan tentang kasih sayang, pengorbanan, pengajaran dan penyesalan untuk kita ambil sedikit iktibar dari cerita yang dipersembahkan.

Di sampaikan dalam bentuk cerita dan sajak menjadikan buku ini bertambah menarik, padat dan ringkas. Ianya dapat dijadikan landasan sebagai salah satu cabang bahan bacaan yang bersesuaian bagi semua peringkat umur.

DIARI SUFI


TAJUK : DIARI SUFI

PENULIS : SITI MUNAZAKIAH


ISBN : 978-967-5426-02-5


HARGA : SEM MALAYSIA : RM 15.90

SABAH & SARAWAK : RM 18.90


SINOPSIS


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada yang ketakutan.

Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya. Kenapa harus dimulakan dengan doa? Kenapa pula perlu disudahkan juga dengan doa? Satu persoalan yang kadang-kadang sengaja kita lupakan.

Doa itu bekal, doa itu senjata. Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang nabi dan para rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan lemah yang hina dina ini. Jangan sombong dengan Khalik.

Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati, tidak kira pada sahabat, teman mahu pun keluarga. Tidak semua rahsia hati mampu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah Diari Sufi yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan keredaanNya.

HADIRNYA PERMATA HATIKU



TAJUK : HADIRNYA PERMATA HATIKU

PENULIS : DR MEK WOK MAHMUD
SRI ZURAIHAN MOHAMAD

ISBN : 978-967-5426-01-8


HARGA : SEM MALAYSIA : RM 19.90

SABAH & SARAWAK : RM 22.90




SINOPSIS

Menyambut yang tersayang merupakan saat paling manis dan bahagia dalam hidup pasangan yang sudah berumahtangga. Inilah waktu yang dinanti-nantikan, apatah lagi jika yang dinantikan itu adalah kelahiran sulung. Tapi apakah orang yang tersayang ini akan dipelihara dengan sebaiknya mengikut didikan yang telah Allah SWT kurniakan kepadanya sebelum dilahirkan?

Apakah ibu bapanya akan memenuhi segala kehendak fitrahnya sebagai manusia? Sebagai Muslim, seorang anak mestilah dididik mengikut acuan dan akhlak Islam berpandukan sumber al-Quran dan hadis. banyak pesanan dan amanah seorang bapa kepada anaknya terdapat di dalam al-Quran. Terdapat juga doa-doa yang boleh para ibu bapa jadikan amalan untuk mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan kepada semua, terutama golongan muda yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Buku ini merupakan pilihan yang terbaik bagi setiap pasangan kerana ia menyediakan pelbagai panduan dan langkah-langkah mempersiapkan diri dalam menuju gerbang alam hidup berkeluarga.

Blog Must Read Akan Aktif Semula

Salam kepada semua.

Agak lama blog Must Read tidak diaktifkan. Kami akan cuba untuk mengaktifkan semuala blog ini walaupun laman web 'mustread.com.my' telah ada.

Terima kasih kami ucapkan kepada para pembaca yang banyak menyokong kami. Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menghasilkan buku-buku yang bermutu tinggi. InsyaAllah

Copyright © 2009 - MUST READ SDN BHD - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template