BINA VISI DAN MISI ANDA


TAJUK : BINA VISI DAN MISI ANDA

PENULIS : HAIRUL AZMAN

ISBN : 978-978-44519-9-8

M/SURAT : 80 M/S

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 12.00
SABAH & SARAWAK : RM 15.00


SINOPSIS:

Islam mempunyai 'worldview' yang cukup tepat dan benar mengenai kejayaan. Bagi Islam, kejayaan dibahagikan kepada 2 iaitu kejayaan dunia dan juga kejayaan akhirat. Kedua-dua kejayaan ini seperti yang disebut di dalam al-Quran dan wajib dituntut oleh umat islam. Kedua-dua kejayaan ini juga saling berkaitan dan tidak terpisah. Islam juga tidak mengajar kita untuk meminggirkan duniawi demi untuk mencapai kejayaan akhirat dan begitu jualah sebaliknya..

Tetapi bagaimana mahu mencapai kejayaan? Apa yang perlu anda lakukan? Langkah pertama untuk mencapai kejayaan ialah memiliki Visi dan Misi hidup yang jelas.

Dalam buku kecil ini, diperjelaskan langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan bermula dengan penetapan Visi, Misi hinggalah keyakinan diri.

BONGKAR MISTERI TARIKH LAHIR ANDA

TAJUK : BONGKAR MISTERI TARIKH LAHIR ANDA

PENULIS : ROZZANI DIN

ISBN : 978-967-54260-0-1

M/SURAT : 144M/S

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 18.00
SABAH & SARAWAK : RM 21.00


SINOPSIS

Mungkin ramai antara kita tidak memahami Rahsia Tarikh Kelahiran sendiri. Sebenarnya, Rahsia tarikh kelahiran adalah 'Asas' yang patut kita tahu sebelum membuat perancangan hidup.

Gagal atau berjaya adalah keputusan anda kerana kita bertanggungjawab di atas segala kesenagan dan kesusahan kita. Bukan orang lain, bukan ayah, bukan ibu, bukan imam kampung, bukan bos tempat kita kerja, bukan adik-adik, bukan abang-abang, bukan kakak-kakak, bukan sahabat handai tetapi DIRI kita Sendiri.

Jom kita mulakan sekarang. Mari kita Bongkar Misteri Tarikh Kelahiran. Jom kita berhijrah sekarang.

JANGAN SEKADAR HAJI - MILIKI HAJI MABRUR


TAJUK : JANGAN SEKADAR HAJI : MILIKI HAJI MABRUR

PENULIS : USTAZ HAJI HAIRULAZMAN

ISBN : 978-983-44519-7-4

M/SURAT : M/S

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 18.00
SABAH & SARAWAK : RM 21.00

SINOPSIS

Sesungguhnya ibadah haji adalah salah satu di antara ibadah yang afdal. Ibadah Haji diletakkan sebagai ibadah khusus dalam kehidupan umat Islam dan salah satu di antara amal-amal ketaatan yang amat mulia. Apabila kita mengamati sebaik-baiknya Ibadah Haji adalah salah satu Rukun Islam yang dengannya Allah SWT telah mengutus Nabi Muhammad SAW dan tidak akan menjadi lurus serta benar agama seorang hamba kecuali dengannya. Ini bermakna ibadah haji adalah kemuncak kepada segala ibadah.

Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan nabi kita iaitu Muhammad SAW sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut qaul yang masyhur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Ali-Imran yang bermaksud :

“Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”

TRANSFORMASI P.I.E.S

TAJUK : TRANSFORMASI P.I.E.S - KENALI POTENSI DIRI ANDA

PENULIS : MOHD SYAMIL MOHD YUSUFF

ISBN : 978-983-44519-8-1

M/SURAT : M/S

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 25.00
SABAH & SARAWAK : RM 28.00


SINOPSIS


Mengapa semua manusia di dunia ini mendambakan kejayaan? Persoalannya, apakah bentuk kejayaan yang mereka impikan selama ini? Apakah penting kejayaan itu dalam rekod kehidupan mereka? Mengapa mereka begitu bersungguh-bersungguh untuk mencapainya? Inilah yang dikatakan matlamat universal. Mengapa penulis berkata sedemikian? Sudah tentu kejayaan adalah kepuasan yang mampu memberikan self esteem yang tinggi bagi mereka yang memilikinya.

Kehidupan kita amat berharga, menarik dan unik sekali. Jika kita mengisi ruang dan peluang ini dengan sesuatu yang mengelirukan dan ia menjadi agenda utama dalam menuju kejayaan, saya yakin kita akan keliru dalam mendefinisikan kejayaan yang sebenarnya.

Buku Energi P-I-E-S merupakan buku penulisan Mohd Syamil berkenaan konsep mengenali diri sendiri menerusi Model P-I-E-S yang komprehensif. Ia ditulis menerusi disiplin ilmu yang pelbagai dimensi seperti Sumber Manusia, Psikologi, Amalan Pengurusan dan pelbagai lagi bagi memastikan sumber daya manusia ini mampu dimanipulasikan semaksima mungkin. Hal ini bertujuan agar manusia mampu melaksakan tugas harian mereka menerusi fitrah mereka yang sudah tersedia!

Buku ini adalah satu perkongsian penulis dengan anda mengenai potensi diri sendiri. Manusia mempunyai sebab yang utama untuk wujud dan tinggal di muka bumi yang luas ini. Tidak ada seorang manusia yang wujud di dunia ini sia-sia belaka kerana ia mempunyai potensi yang tersendiri dan tersembunyi.

BERDIALOG DENGAN ALLAH DI KEHENINGAN MALAM


TAJUK : BERDIALOG DENGAN ALLAH DI KEHENINGAN MALAM

PENULIS : KHAIRUL GHAZALI

ISBN : 978-983-44519-6-7

M/SURAT : M/S

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 21.90
SABAH & SARAWAK : RM 24.90

SINOPSIS

Bercinta dan berdialog dengan Allah? Bagaimana caranya? Mungkinkah kita mencintai dan berdialog dengan Allah, sedangkan Allah tidak dapat dilihat. Mungkinkah kita mencintai sesuatu yang tidak dapat kita lihat wujudnya? Mencintai dan berdialog dengan Allah mempunyai makna dan falsafah yang luas. Ianya tidak dapat dihuraikan hanya dengan sebuah buku atau beberapa jam syarahan kerana mencintai Allah SWT bererti mencintai sesuatu yang hakiki.


Mengapa pula harus berdialog dengan Allah? Bagaimana caranya? Bukankah berdialog dengan Allah hanya pernah terjadi di zaman para nabi dan rasul seperti dialog Nabi Musa a.s, iaitu ketika baginda bermunajat dan menyatakan keinginannya untuk berjumpa Allah secara langsung? Di zaman ini, mungkinkah kita melakukan komunikasi dengan Allah? Bukankah nabi terakhir telah lama wafat dan kitab suci terakhir telah diturunkan 15 abad yang lampau serta Allah telah menyatakan sempurnanya agama kita. Masihkah terjadi dialog antara hamba dengan Tuhan?


Buku ini cuba menghuraikan peranan kalbu dan hati kita untuk melakukan dialog dan sentuhan jiwa kepada Allah SWT menerusi pelbagai amalan, terutamanya Qiamullail, doa, munajat, zikir dan istighfar. Namun buku ini tidak mengandungi senarai doa, munajat, zikir dan istighfar kerana ianya boleh didapati dari buku-buku khusus tentang doa, zikir dan istighfar. Kerana kalau buku ini dilengkapi dengan senarai doa, zikir dan istighfar, maka buku ini akan menjadi sangat tebal. Semoga dengan amalan-amalan yang merupakan rangkaian dari kisah cinta kita kepada Allah, dapat menyejukkan hati kita untuk menyiapkan bekalan menuju hari akhirat yang bahagia dan cemerlang. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

PELANCARAN PROGRAM TV TERBITAN KAMI



















Alhamdulillah, projek TV kami akhirnya akan ditayangkan di saluran Astro Oasis pada bulan Ogos ini. Projek bertajuk KhutubKhanah Oasis, ia adalah satu program tv yang mengupas mengenai buku2 yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit Malaysia.

Sebagai salah satu penerbit buku di Malaysia, kami menjalankan tanggungjawab sosial kami dalam usaha membantu industri penerbitan buku dan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia minat untuk membaca. Program ini akan mengupas isi buku bagi tajuk-tajuk buku terpilih, bagi memudahkan rakyat malaysia amnya, dan masyarakat Melayu khasnya untuk mengetahui apakah isi yang tersurat di dalam buku-buku yang dikupas ini. Seterusnya diharapkan mereka semua dapat mencarinya di kedai-kedai buku.

Oleh itu kami ingin menjemput semua menghadiri majlis pelancaran program tersebut seperti dibawah:

Tarikh : Sabtu, 25hb Julai 2009

Masa : 3.00 ptg

Tempat : Plaza Alam sentral Shah Alam.

PESTA BUKU SELANGOR 2009 DATANG LAGI!!!













Pesta Buku Selangor datang lagi. Alhamdulillah pihak kami Must Read Sdn Bhd sekali lagi turut serta dalam pesta buku yang kedua terbesar di malaysia.

Pihak kami juga ingin menjemput semua pembaca disini untuk datang beramai-ramai ke pesta ini. Butiran mengenai pesta buku adalah seperti berikut:

Tarikh : 24hb Julai - 3 Ogos 2009

Masa : 10.00 pagi - 9.00 malam

Tempat : Kompleks PKNS Shah Alam


Anda semua di jemput beramai-ramai datang ketapak gerai kami bernombor A 17 & A 18 untuk menikmati potongan harga menarik buku2 terbitan kami.

Copyright © 2009 - MUST READ SDN BHD PUBLICATION - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template