TAJUK : BINA VISI DAN MISI ANDA
PENULIS : HAIRUL AZMAN
ISBN : 978-978-44519-9-8
M/SURAT : 80 M/S
HARGA : SEM MALAYSIA : RM 12.00
SABAH & SARAWAK : RM 15.00
SINOPSIS:
Islam mempunyai 'worldview' yang cukup tepat dan benar mengenai kejayaan. Bagi Islam, kejayaan dibahagikan kepada 2 iaitu kejayaan dunia dan juga kejayaan akhirat. Kedua-dua kejayaan ini seperti yang disebut di dalam al-Quran dan wajib dituntut oleh umat islam. Kedua-dua kejayaan ini juga saling berkaitan dan tidak terpisah. Islam juga tidak mengajar kita untuk meminggirkan duniawi demi untuk mencapai kejayaan akhirat dan begitu jualah sebaliknya..
Tetapi bagaimana mahu mencapai kejayaan? Apa yang perlu anda lakukan? Langkah pertama untuk mencapai kejayaan ialah memiliki Visi dan Misi hidup yang jelas.
Dalam buku kecil ini, diperjelaskan langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan bermula dengan penetapan Visi, Misi hinggalah keyakinan diri.
TAJUK : BONGKAR MISTERI TARIKH LAHIR ANDA
PENULIS : ROZZANI DIN
ISBN : 978-967-54260-0-1
M/SURAT : 144M/S
HARGA : SEM MALAYSIA : RM 18.00
SABAH & SARAWAK : RM 21.00
SINOPSIS
Gagal atau berjaya adalah keputusan anda kerana kita bertanggungjawab di atas segala kesenagan dan kesusahan kita. Bukan orang lain, bukan ayah, bukan ibu, bukan imam kampung, bukan bos tempat kita kerja, bukan adik-adik, bukan abang-abang, bukan kakak-kakak, bukan sahabat handai tetapi DIRI kita Sendiri.
Jom kita mulakan sekarang. Mari kita Bongkar Misteri Tarikh Kelahiran. Jom kita berhijrah sekarang.
TAJUK : JANGAN SEKADAR HAJI : MILIKI HAJI MABRUR
PENULIS : USTAZ HAJI HAIRULAZMAN
ISBN : 978-983-44519-7-4
M/SURAT : M/S
HARGA : SEM MALAYSIA : RM 18.00
SABAH & SARAWAK : RM 21.00
SINOPSIS
Sesungguhnya ibadah haji adalah salah satu di antara ibadah yang afdal. Ibadah Haji diletakkan sebagai ibadah khusus dalam kehidupan umat Islam dan salah satu di antara amal-amal ketaatan yang amat mulia. Apabila kita mengamati sebaik-baiknya Ibadah Haji adalah salah satu Rukun Islam yang dengannya Allah SWT telah mengutus Nabi Muhammad SAW dan tidak akan menjadi lurus serta benar agama seorang hamba kecuali dengannya. Ini bermakna ibadah haji adalah kemuncak kepada segala ibadah.
Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan nabi kita iaitu Muhammad SAW sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut qaul yang masyhur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Ali-Imran yang bermaksud :
TAJUK : TRANSFORMASI P.I.E.S - KENALI POTENSI DIRI ANDA
PENULIS : MOHD SYAMIL MOHD YUSUFF
ISBN : 978-983-44519-8-1
M/SURAT : M/S
HARGA : SEM MALAYSIA : RM 25.00
SABAH & SARAWAK : RM 28.00
SINOPSIS
Kehidupan kita amat berharga, menarik dan unik sekali. Jika kita mengisi ruang dan peluang ini dengan sesuatu yang mengelirukan dan ia menjadi agenda utama dalam menuju kejayaan, saya yakin kita akan keliru dalam mendefinisikan kejayaan yang sebenarnya.
Buku Energi P-I-E-S merupakan buku penulisan Mohd Syamil berkenaan konsep mengenali diri sendiri menerusi Model P-I-E-S yang komprehensif. Ia ditulis menerusi disiplin ilmu yang pelbagai dimensi seperti Sumber Manusia, Psikologi, Amalan Pengurusan dan pelbagai lagi bagi memastikan sumber daya manusia ini mampu dimanipulasikan semaksima mungkin. Hal ini bertujuan agar manusia mampu melaksakan tugas harian mereka menerusi fitrah mereka yang sudah tersedia!
TAJUK : BERDIALOG DENGAN ALLAH DI KEHENINGAN MALAM
PENULIS : KHAIRUL GHAZALI
ISBN : 978-983-44519-6-7
M/SURAT : M/S
HARGA : SEM MALAYSIA : RM 21.90
SABAH & SARAWAK : RM 24.90
SINOPSIS
Bercinta dan berdialog dengan Allah? Bagaimana caranya? Mungkinkah kita mencintai dan berdialog dengan Allah, sedangkan Allah tidak dapat dilihat. Mungkinkah kita mencintai sesuatu yang tidak dapat kita lihat wujudnya? Mencintai dan berdialog dengan Allah mempunyai makna dan falsafah yang luas. Ianya tidak dapat dihuraikan hanya dengan sebuah buku atau beberapa jam syarahan kerana mencintai Allah SWT bererti mencintai sesuatu yang hakiki.
Mengapa pula harus berdialog dengan Allah? Bagaimana caranya? Bukankah berdialog dengan Allah hanya pernah terjadi di zaman para nabi dan rasul seperti dialog Nabi Musa a.s, iaitu ketika baginda bermunajat dan menyatakan keinginannya untuk berjumpa Allah secara langsung? Di zaman ini, mungkinkah kita melakukan komunikasi dengan Allah? Bukankah nabi terakhir telah lama wafat dan kitab suci terakhir telah diturunkan 15 abad yang lampau serta Allah telah menyatakan sempurnanya agama kita. Masihkah terjadi dialog antara hamba dengan Tuhan?
Buku ini cuba menghuraikan peranan kalbu dan hati kita untuk melakukan dialog dan sentuhan jiwa kepada Allah SWT menerusi pelbagai amalan, terutamanya Qiamullail, doa, munajat, zikir dan istighfar. Namun buku ini tidak mengandungi senarai doa, munajat, zikir dan istighfar kerana ianya boleh didapati dari buku-buku khusus tentang doa, zikir dan istighfar. Kerana kalau buku ini dilengkapi dengan senarai doa, zikir dan istighfar, maka buku ini akan menjadi sangat tebal. Semoga dengan amalan-amalan yang merupakan rangkaian dari kisah cinta kita kepada Allah, dapat menyejukkan hati kita untuk menyiapkan bekalan menuju hari akhirat yang bahagia dan cemerlang. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Sebagai salah satu penerbit buku di Malaysia, kami menjalankan tanggungjawab sosial kami dalam usaha membantu industri penerbitan buku dan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia minat untuk membaca. Program ini akan mengupas isi buku bagi tajuk-tajuk buku terpilih, bagi memudahkan rakyat malaysia amnya, dan masyarakat Melayu khasnya untuk mengetahui apakah isi yang tersurat di dalam buku-buku yang dikupas ini. Seterusnya diharapkan mereka semua dapat mencarinya di kedai-kedai buku.
Oleh itu kami ingin menjemput semua menghadiri majlis pelancaran program tersebut seperti dibawah:
Tarikh : Sabtu, 25hb Julai 2009
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Plaza Alam sentral Shah Alam.
Pesta Buku Selangor datang lagi. Alhamdulillah pihak kami Must Read Sdn Bhd sekali lagi turut serta dalam pesta buku yang kedua terbesar di malaysia.
Pihak kami juga ingin menjemput semua pembaca disini untuk datang beramai-ramai ke pesta ini. Butiran mengenai pesta buku adalah seperti berikut:
Tarikh : 24hb Julai - 3 Ogos 2009
Masa : 10.00 pagi - 9.00 malam
Tempat : Kompleks PKNS Shah Alam
Anda semua di jemput beramai-ramai datang ketapak gerai kami bernombor A 17 & A 18 untuk menikmati potongan harga menarik buku2 terbitan kami.
Masa : 16 Julai 2009 - 26 Julai 2009
Masa : 10.00am - 10.00pm
Tempat : Plaza Alam Sentral Shah Alam
Pihak kami telah mengambil bahagian dalam karnival anjuran MPH Bookstore. Jumpa kami disana untuk mendapat buku-buku terbitan kami.
Buku-buku ini boleh diperolehi di semua KEDAI BUKU MPH terpilih di sudut "GOTTA HAVE IT".
Judul buku-buku yang terpilih adalah :
1. MURTAD : JANGAN PANDANG SEBELAH MATA
2. MENANGANI INDIVIDU SUKAR
3. CINTA ADAM DAN HAWA
4. LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA
Promosi ini bermula pada 1hb Julai 2009 dan akan tamat pada 31hb Ogos 2009. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.
TAJUK : 21 TIP BAGI YANG SUKAR SOLAT SUBUH
PENULIS : SYEIKH MUHAMMAD SHALIH AL-MUNAJJID
ISBN : 978-983-44519-4-3
M/SURAT : 148 M/S
HARGA : SEM MALAYSIA : RM 14.90
SABAH & SARAWAK : RM 17.90
SINOPSIS
Jika anda berkata 'tidak' atau bukan, maka buktikan bahawa anda bukan seorang munafik. dan satu-satunya cara untuk membuktikan adalah tanamkan azam dalam diri anda mulai esok anda akan buangkan rasa mengantuk yang menjerat dan rasa malas yang membelenggu diri anda dan berbarislah bersama jemaah dalam menunaikan solat Subuh.
Buku ini membantu anda dalam memperbaiki diri anda, dengan tip-tip yang mudah difahami akan merubah diri anda menjadi antara insan-insan yang berada di barisan jemaah subuh.
TAJUK : BINGKISAN RAMADAN
PENULIS : ZURIDAN MOHD DAUD
ISBN : 978-983-44519-5-0
M/SURAT : 140 M/S
HARGA : SEM MALAYSIA : RM 20.00
SABAH & SARAWAK : RM 20.00
SINOPSIS
ZURIDAN MOHD DAUD - dilahirkan pada 31 Disemberv 1971 di Jerantut, Pahang. Mendapat pendidikan menengah di Sek Men Agama Pulau Tawar Jerantut Pahang sebelum melenjutkan pelajaran diperingkat Ijazah dalam bidang Undang-Undang dan Pengajian Feqah dari Universiti Al-Bait, Jordan pada tahun 1999. Pernah bertugas sebagai Pensyarah di Pusat Bahasa Arab Institut Kemajuan Ikhtisas, Pahang selam enam tahun. Memegang jawatan Pengarah Program di International Centre For Islamic Studies Kolej IKIP selama empat tahun. Kini, beliau menyandang jawatan sebagai pensyarah di Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang dan merangkap Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang.
Beliau seorang yang aktif dan banyak terlibat dengan aktiviti dakwah, khususnya di negeri Pahang. Selain daripada itu, beliau juga banyak menulis artikel yang disiarkan di dalam kahbar perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Beliau juga pernah dijemput sebagai panel bagi slot Halaqah TV9 dan buletin Utama TV3.
TAJUK : LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA?
PENULIS : ABDUL FATAH ZAKARIA
ISBN : 978-983-44519-3-6
M/SURAT : 183 M/S
HARGA : SEM MALAYSIA : RM 21.90
SABAH & SARAWAK : RM 24.90
SINOPSIS
"LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA". Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang. Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda " KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.
Buku ini boleh di ibaratkan "Hardware" yang menyediakan bahan-bahan yang harus anda gunakan untuk menyiapkan jalan yang akan anda bina. 47 perkara yang telah penulis gariskan untuk membantu anda menyiapkan jalan anda, terpulang kepada anda untuk menggunakannya. Jalan yang cantik selalunya menggunakan bahan yang bagus, hasil kerja teliti dan komitmen yang tinggi manakala jalan yang mudah rosak dan berlubang biasanya dibina dengan usaha yang tidak bersungguh.
Diilhamkan dalam bentuk ayat al-Quran beserta terjemahan menjadikan buku ini mudah di fahami, padat, ringkas dan menarik. Diselitkan bahan-bahan bercerita membuat buku ini boleh di terima oleh semua peringkat umur.
ABDUL FATAH ZAKARIA - dilahirkan pada 21 jan 1963, merupakan Imam Masjid Kota Damansara dan bapa kepada tiga orang cahaya mata. Lulusan Diploma dalam Pengajian Islam dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah dalam Pengajian Islam (Quran dan Sunah) di UKM pada tahun 1989. Selepas 2 tahun beliau melanjutkan pelajaran perinkat Master di Universiti Khartoum pada tahun 1991. Beliau juga bekas pensyarah di UIAM (1989-1999) dan Kolej Sultan Zainal Abidin (2000-2007)
TAJUK : CINTA ADAM DAN HAWA
PENULIS : NORMALA KARI
ISBN : 978-983-44519-2-9
M/SURAT : 146 M/S
HARGA : SEM MALAYSIA : RM 20.00
SABAH & SARAWAK : RM 23.00
SINOPSIS:
Didatangkan dalam bentuk cerita dan sajak menjadikan buku ini amat menarik, ringkas dan padat untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan seisi keluarga terutama pelajar sekolah dan remaja.
NORMALA KARI merupakan seorang guru pendidikan Islam sejak 1998 hingga sekarang di Sek Keb LimPoon (1) Batu Pahat, Johor. Berasal dari Setiu, Terengganu. Mendapat pendidikan menengah di Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin (ting 6) sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Diploma dalam Pengajian Islam di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh Perak (1995-1997)
Selain bertugas sebagai guru, beliau aktif dalam pelbagai pertandingan termasuk pertandingan mencipta slogan, tilawah al-quran, berzanji, hafazan dan juga terlibat secara langsung dalam melatih dan menyediakan teks kisah-kisah dari al-Quran dan sajak. Sering muncul sebagai johan dalam kategori yang disertai sama ada di peringkat daerah dan negeri. Bermula dari tahun 1998 hingga 2000, Sek Keb LimPoon(1) telah mencipta rekod apabila tidak pernah tewas dalam setiap pertandingan bercerita (kisah nabi) dari al-Quran di peringkat zon bagi kategori lelaki dan perempuan. Buku ini adalah hasil tulisan beliau yang terawal.
Promosi buku Menangani Individu Sukar di Badan Cemerlang
02Jun2009 Posted by MUST READ Labels: aktiviti, promosi
TAJUK : MENANGANI INDIVIDU SUKAR
PENULIS : NORDIN JAAFAR
ISBN : 978-983-43575-59-7
M/SURAT : 186 M/S
HARGA : SEM MALAYSIA RM 24.90
SABAH & SARAWAK RM 27.90
SINOPSIS:
GRAND OPENING YANG CEMERLANG, GEMILANG, DAN TERBILANG MALAH HAPPENING!!
22Apr2009 Posted by MUST READ Labels: pelancaran, promosi



dan Pengurus Must Read

Press conference bersama para Media

MEDIA YANG TURUT HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS
(TV 3, TV 1, BERNAMA, TV 9)
PENULIS : ANN WAN SENG
PELANCARAN OLEH : DATO' SERI HJ HARUSSANI B HJ ZAKARIA
(MUFTI PERAK)
TEMPAT : PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC ( RUANG LEGAR)
TARIKH : 21HB APRIL 2009 (SELASA)
JAM : 9.45 PAGI
ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR
PENULIS : ANN WAN SENG
ISBN : 978-983-44519-1-2
HALAMAN : 192 m/s
HARGA : RM 21.90
Siapa itu Ann Wan Seng?
-Beliau adalah Penerima Anugerah Tokoh Maal hijrah peringkat Negeri Selangor 1430H/2009.
-Penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008
Beliau lahir pada tahun 1968 merupakan anak jati Klang. Memeluk agama Islam pada tahun 1996. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pengerusi PERKIM Cawangan Putra Wilayah persekutuan, AJK Perkim Wilayah Persekutuan, Bekas tenaga pengajar di Jabatan Antrapologi dan Sisiologi UM. Beliau telah menulis lebih dari 30 buah buku dan pernah menjadi penulis di kolumnis Harakah, Mingguan Waktu, Media Islam, Mingguan Kota, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Kosmik, Sarina, Majalah I, Minda, Tamadun dan banyak lagi.
Apa Istimewanya buku ini?
Istimewanya buku ini ditulis oleh seorang Saudara Baru. Penulis cuba membawa gambaran sebenar gejala murtad yang berlaku dan melanda umat islam kini. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa? Semuanya boleh terjawab dengan mendapatkan naskah ini.
MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA memberikan pelbagai perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang kita hadapi ini.
Buku ini juga mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat islam di malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murttad ini.
MPH akan mengadakan Jualan Penghabisan stok (MPH Warehouse Sale)bagi buku2 tempatan dan buku2 import serta jualan peralatan alat tulis. Butiran adalah seperti berikut:
Tema : MPH Warehouse Sale
Tempat : Mayang Plaza, No 1 Jalan SS26/2, Taman Mayang Jaya, 47301 PJ
Tarikh : 14hb Mac - 22hb Mac 2009
Masa : 9.30 pagi - 7.00 malam
# Pihak kami telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Dapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi setiap buku2 terbitan MUST READ SDN BHD. MPH juga ada mengadakan jualan buku2 terpilih dengan harga istimewa serendah RM 2.00.
# Kepada semua peminat2 dan pembaca buku serta ulat2 buku. Mari ramai2 memeriahkan 'MPH Warehouse Sale' dan nikmati potongan harga yang amat2 istimewa ini.
TAJUK : NOTA WASIAT
PENULIS : MD GHAZALI IBRAHIM
ISBN : 978-983-44519-0-5
M/SURAT : 91 M/S
HARGA : SEM MALAYSIA RM 15.90
SABAH & SARAWAK RM 18.90
SINOPSIS:
Membuat Surat wasiat adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan Bagaimana? Buku ini akan menerangkan apakah definisi wasiat dan surat wasiat juga menerangkan fungsi wasiat dan kaedah menulis wasiat. Selain itu, buku ini juga menyertakan draf Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka, draf Surat Pengisytiharan Hibah dan draf Pengisytiharan Harta Sepencarian bagi rujukan anda.
InsyaAllah dengan sedikit pelaburan membeli buku ini bakal menyelamatkan waris-waris anda dan juga memastikan harta beratus ribu ringgit yang bakal anda tinggalkan akan diterima oleh waris anda.
Buku baru Bulan Januari 2009TAJUK : URUS HARTA SEBELUM MATI
PENULIS : MD GHAZALI IBRAHIM
ISBN : 978-983-43575-8-0
M/SURAT : 140 M/S
HARGA : SEM MALAYSIA RM 20.00
SABAH & SARAWAK RM 23.00
SINOPSIS :
Buku ini memberi panduan dan asas kepada Umat Islam mengenai:
1. Bagaimana Kaedah Merancang Harta Pusaka Mengikut Ilmu Faraid
2. Bagaimana Waris si mati untuk Menguruskan Harta Pusaka Peninggalan.
Di selitkan juga kisah benar yang berlaku akibat tidak merancang dan mengurus harta pusaka buat iktibar dan pengajaran serta contoh-contoh Pembahagian Harta Pusaka. Juga Fatwa yang dikeluarkan berkaitan dengannya.
Buku Baru Bulan Januari 2009TAJUK : 25 SERUAN AYAT AL-QURAN BUAT ORANG BERIMAN
PENULIS : ABI FARHAN
ISBN : 978-983-43575-7-3
M/SURAT : 130MS
HARGA : SEM MALAYSIA RM 20.00
SABAH & SARAWAK RM 23.00
Sinopsis buku:
Kita sering membaca dan mendengar bacaan al-quran, tetapi kita sering juga melupakan peringatan Allah yang terkandung di dalamnya. Terlalu banyak peringatan Allah yang terdapat di dalam al-quran kepada hamba-hambanya.
25 SERUAN AYAT AL-QURAN BUAT ORANG BERIMAN adalah sebahagian daripada ayat-ayat di dalam Al-Quran yang bermula dengan seruan "Wahai orang-orang yang Beriman". Seruan-seruan ini merangkumi dari segala aspek seperti sembahyang, puasa, makan minum, ikhlas, riba dan sebagainya.
Buku ini akan membongkar apakah maksud di sebalik seruan yang Allah turunkan kepada hamba-Hambanya. Semoga ia akan menjadi panduan kepada kita dan seterusnya dapat dipraktikkan dalam diri dan keluarga.
Hari ini sudah masuk hari ke 13, tentera kejam Israel melancarkan serangan dari Udara, Laut dan darat. Serangan membabi buta ini telah memusnahkan rumah, masjid, Hospital dan menyebabkan kematian kanak2 dan orang dewasa. Krisis ubat-ubatan, makanan, bekalan air bersih dan bekalan elektrik kini menjadi genting.
Serangan Yahudi Laknat ini kepada Umat islam di Palestin adalah suatu perbuatan yang keji dan tidak berperikemanusiaan. Kita sebagai Umat islam haruslah membantu kepada saudara Islam kita di Palestin samada secara fizikal, harta benda, wang ringgit dan berdoa kepada Allah akan kesejahteraan Umat Islam di palestin.
TETAPI TAHUKAH KITA kenapa Baitul maqdis perlu di pertahankan oleh Umat Islam? dan kenapa Israel terlalu rakus untuk menakluk Palestin dan Baitul Maqdis? dan Bagaimana pula kisah sejarah penjajahan dan pemerintahan yang berlaku di bumi bernama BAITUL MAQDIS?
Semunya boleh anda dapati dalam Buku kami bertajuk : BAITUL MAQDIS : KESUCIAN YANG DI PERTAHANKAN. Buku ini mengutarakan sejarah ringkas Baitul Maqdis dan Palestin serta gambaran umum tetapi menyeluruh tentang keistimewaan Baitul Maqdis yang akhirnya akan membangkitkan rasa cinta terhadap tanah suci ke tiga Umat Islam.
Pihak Must Read Sdn Bhd menawarkan potongan harga 20% bagi buku ini.
Tajuk : BAITUL MAQDIS : KESUCIAN YANG DI PERTAHANKAN
Harga : RM 25.00
ISBN : 978-983-43575-6-6
Harga Promosi : RM 20.00
Pos Ekspress : RM 4.00
JUMLAH : RM 24.00
Untuk Membeli Buku Ini :
HANYA RM 24.00 (TERMASUK BAYARAN POS EKSPRES)
Hantar Wang Pos/ Kiriman Wang/ Cek ke Alamat:
Must Read Sdn Bhd
No 35 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Tel : 03-4142 0611 Fax : 03-4142 0612
Email : mustread_sb@yahoo.com
@
Masukkan Duit ke akaun CIMB 1438 0005363 05 8
dan Fax/ email slip kepada kami.
*Semoga dengan memiliki dan membaca buku ini dapat menaikkan semangat kita sebagai Umat Islam untuk sama2 membantu saudara Islam kita di Palestine bagi mempertahankan Baitul Maqdis dari tangan Israel Yahudi yang di Laknat..Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar